Lemah [Ditarikbalik]
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَا تَنْتَفِعُوا مِنَ الْمَيْتَةِ بِشَيْءٍ.
Teks Bahasa Melayu
Jangan ambil sebarang manfaat pun daripada bangkai.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah [Ditarikbalik]
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1189, hadis no. 6023. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جابر -رضي الله عنه-، مرفوعا: «لا تنتفعوا من الميتة بشيء». [ابن وهاب، الطحاوي، ((الضعيفة)) (118)].
(Lemah) Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Jangan ambil sebarang manfaat pun daripada bangkai. [Riwayat Ibnu Wahab dan al-Tahawi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no: 118]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman