Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Jangan ada daripada kalangan kalian menyebut: Sesungguhnya aku telah berpuasa dalam bulan Ramadan sepenuhnya

Teks Bahasa Arab

لا يَقُولَنَّ أحدُكم: إنِّي صُمْتُ رمضانَ كُلَّهُ، قُمْتُهُ كُلَّهُ.

Teks Bahasa Melayu

Jangan ada daripada kalangan kalian menyebut: Sesungguhnya aku telah berpuasa dalam bulan Ramadan sepenuhnya, aku menghidupkan amalan pada setiap hari bulan Ramadan,

Sahabat Perawi

  1. Abu Bakrah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1146, hadis no. 5798. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي بكرة رضي الله عنه مرفوعا: لا يقولن أحدكم: إني صمت رمضان كله، قمته كله. [د، ن، ابن خزيمة، حب، خم، ابن أبي الدنيا في الضمت، الضعيفة (4819)]

(Lemah) Daripada Abu Bakrah RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): Jangan ada daripada kalangan kalian menyebut: Sesungguhnya aku telah berpuasa dalam bulan Ramadan sepenuhnya, aku menghidupkan amalan pada setiap hari bulan Ramadan, [Riwayat Abu Dawud dalam al-Sunan, al-Nasa'i dalam al-Sunan, Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban dalam Sahih Ibn Hibban, Musnad Aḥmad bin Ḥanbal dan Ibn Abi Dunya dalam al-Samt. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4819].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.