TEKS BAHASA ARAB
إن الله عز وجل ضمن لمن كانت المساجد بيته الأمن والجواز على الصراطِ يوم القيامة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya Allah SWT menjamin kepada orang yang menjadikan masjid sebagai rumahnya berupa (jaminan) keamanan dan melewati titian sirat pada hari kiamat.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 716, hadis nombor 3656. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن أبي الدرداء رضي الله عنه، قال: لتكن المساجد بيتك، فإني سمعت رسول الله ﷺ يقول: إن الله عز وجل ضمن لمن كانت المساجد بيته الأمن والجواز على الصراطِ يوم القيامة.
[البزار، ((الضعيفة)) (6720)]
(Lemah)
Daripada Abu al-Darda’ RA berkata: Jadikanlah masjid itu rumahmu. Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah SWT menjamin kepada orang yang menjadikan masjid sebagai rumahnya berupa (jaminan) keamanan dan melewati titian sirat pada hari kiamat.
[Riwayat al-Bazzar dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6720]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.