Jambatan neraka digoncang sehingga berguguran semua anggota badan

TEKS BAHASA ARAB

أيما وال ولي من أمر المسلمين شيئاً وقف به على جسر جهنم فيهتز به الجسر حتى يزول كل عضو.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Mana-mana pemimpin yang menjaga perihal urusan kaum muslimin, dia akan berada di atas jambatan neraka lalu jambatan itu digoncang (dihentak) sehinggalah berguguran semua anggota badan.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 703, hadis nombor 3601. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منکر)
عن بشر بن عاصم، قال: قال ﷺ: أيما وال ولي من أمر المسلمين شيئا وقف به على جسر جهنم فيهتز به الجسر حتى يزول كل عضو.
[ابن عساكر، ((الضعيفة))، (7147)].

(Munkar)
Daripada Bisyr bin ‘Asim berkata: Baginda SAW bersabda: Mana-mana pemimpin yang menjaga perihal urusan kaum muslimin, dia akan berada di atas jambatan neraka lalu jambatan itu digoncang (dihentak) sehinggalah berguguran semua anggota badan.
[Riwayat Ibn 'Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 7147].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs