Jalanlah satu batu dan ziarahlah orang sakit

TEKS BAHASA ARAB

امش ميلا عد مريضا، امش ميلين أصلح بين اثنين، امش ثلاثة زر في الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jalanlah satu batu dan ziarahlah orang sakit. Jalanlah sebanyak dua batu dan perbaikilah hubungan antara dua orang. Dan jalanlah sebanyak tiga batu dan berziarahlah kerana Allah SWT.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 45, hadis nombor 181. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن مكحول موقوفا: ((امش ميلا عد مريضا، امش ميلين أصلح بين اثنين، امش ثلاثة زر في الله)).
[ابن وهب، ((الضعيفة)) (2936)]

(Lemah) Daripada Makḥūl secara mawquf (sanad terhenti setakat sahabat sahaja, tidak sampai kepada Nabi): Jalanlah satu batu dan ziarahlah orang sakit. Jalanlah sebanyak dua batu dan perbaikilah hubungan antara dua orang. Dan jalanlah sebanyak tiga batu dan berziarahlah kerana Allah SWT.
[Riwayat Ibn Wahb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2936]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs