Jagalah harta kalian dengan membayar zakat dan berubat dari penyakit dengan sedekah

TEKS BAHASA ARAB

أتي رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو قاعد في ظل الحطيم بمكة، فقيل: يا رسول الله أتي على مال أبي فلان بسيف البحر فذهب فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما تلف مال في بر ولا بحر إلا بمنع الزكاة فحرزوا أموالكم بالزكاة وداووا مرضاكم بالصدقة وادفعوا عنكم طوارق البلاء بالدعاء فإن الدعاء ينفع مما نزل ومما لم ينزل ما نزل يكشفه وما لم ينزل يحبسه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW dikunjungi ketika baginda sedang berteduh bawah corong Kaa’bah iaitu di Mekah. Lelaki itu berkata: Wahai Rasulullah, aku diberikan harta seseorang di persisiran pantai kemudian ianya hilang. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Harta di darat dan di laut tidak akan musnah melainkan ianya tidak dikeluarkan untuk zakat. Maka jagalah harta kalian dengan membayar zakat dan berubat dari penyakit dengan sedekah. Hindarilah bala dengan doa kerana doa memberi manfaat terhadap perkara yang diturunkan, yang tidak diturunkan. Apa yang diturunkan akan disingkapnya dan apa yang tidak diturunkan akan ditahan.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 899, hadis nombor 4606. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبادة بن الصامت رضي الله عنه قال: أتي رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو قاعد في ظل الحطيم بمكة فقيل: يا رسول الله أتي على مال أبي فلان بسيف البحر فذهب فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما تلف مال في بر ولا بحر إلا بمنع الزكاة؛ فحرزوا أموالكم بالزكاة وداووا مرضاكم بالصدقة وادفعوا عنكم طوارق البلاء بالدعاء فإن الدعاء ينفع مما نزل ومما لم ينزل ما نزل يكشفه وما لم ينزل يحبسه. [الطبراني في الدعاء, ابن عساكر, الضعيفة (6162)]

(Munkar) Daripada Ubadah bin Samit RA, beliau berkata: Rasulullah SAW dikunjungi ketika baginda sedang berteduh bawah corong Kaa’bah iaitu di Mekah. Lelaki itu berkata: Wahai Rasulullah, aku diberikan harta seseorang di persisiran pantai kemudian ianya hilang. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Harta di darat dan di laut tidak akan musnah melainkan ianya tidak dikeluarkan untuk zakat. Maka jagalah harta kalian dengan membayar zakat dan berubat dari penyakit dengan sedekah, Hindarilah bala dengan doa kerana doa memberi manfaat terhadap perkara yang diturunkan, yang tidak diturunkan. Apa yang diturunkan akan disingkapnya dan apa yang tidak diturunkan akan ditahan. [Al-Tabrani di dalam Al-Dua’, Ibn ‘Asakir, Al-Dha’ifah no 6162]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs