Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أتي رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو قاعد في ظل الحطيم بمكة، فقيل: يا رسول الله! أتي على مال أبي فلان بسيف البحر فذهب، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما تلف مالٌ في بَرٍّ ولا بحرٍ إلا بمنعِ الزكاةِ ؛ فحرِّزوا أموالَكم بالزكاةِ ، وداوُوا مرضاكم بالصدقةِ ، وادفعوا عنكم طوارقَ البلاءِ بالدعاءِ ؛ فإنَّ الدعاءَ ينفعُ مما نزل ، ومما لم ينزل . . ما نزل يكشفُه ، وما لم ينزل يحبسُه
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW dikunjungi ketika baginda sedang berteduh bawah corong Kaa'bah iaitu di Mekah. Lelaki itu berkata: Wahai Rasulullah, aku diberikan harta seseorang di persisiran pantai kemudian ianya hilang. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Harta di darat dan di laut tidak akan musnah melainkan ianya tidak dikeluarkan untuk zakat. Maka jagalah harta kalian dengan membayar zakat dan berubat dari penyakit dengan sedekah. Hindarilah bala dengan doa kerana doa memberi manfaat terhadap perkara yang diturunkan, yang tidak diturunkan. Apa yang diturunkan akan disingkapnya dan apa yang tidak diturunkan akan ditahan.
Sahabat Perawi
- Ubadah bin al-Samit RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 899, hadis no. 4606. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عبادة بن الصامت رضي الله عنه قال: أتي رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو قاعد في ظل الحطيم بمكة فقيل: يا رسول الله أتي على مال أبي فلان بسيف البحر فذهب فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما تلف مال في بر ولا بحر إلا بمنع الزكاة؛ فحرزوا أموالكم بالزكاة وداووا مرضاكم بالصدقة وادفعوا عنكم طوارق البلاء بالدعاء فإن الدعاء ينفع مما نزل ومما لم ينزل ما نزل يكشفه وما لم ينزل يحبسه. [الطبراني في الدعاء, ابن عساكر, الضعيفة (6162)]
(Munkar) Daripada Ubadah bin Samit RA, beliau berkata: Rasulullah SAW dikunjungi ketika baginda sedang berteduh bawah corong Kaa'bah iaitu di Mekah. Lelaki itu berkata: Wahai Rasulullah, aku diberikan harta seseorang di persisiran pantai kemudian ianya hilang. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Harta di darat dan di laut tidak akan musnah melainkan ianya tidak dikeluarkan untuk zakat. Maka jagalah harta kalian dengan membayar zakat dan berubat dari penyakit dengan sedekah, Hindarilah bala dengan doa kerana doa memberi manfaat terhadap perkara yang diturunkan, yang tidak diturunkan. Apa yang diturunkan akan disingkapnya dan apa yang tidak diturunkan akan ditahan. [Al-Tabrani di dalam Al-Dua’, Ibn ‘Asakir, Al-Dha’ifah no 6162]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman