Jagalah hak Allah, jagalah hak Allah pada hamba-hamba sahaya kamu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الله الله فيما ملكت أيمانكم، ألبسوا ظهورهم، وأشبعوا بطونهم، وألينوا لهم القول.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jagalah hak Allah, jagalah hak Allah pada hamba-hamba sahaya kamu. Berilah pakaian kepada mereka, kenyangkanlah perut-perut mereka, serta lembutkanlah perkataan kepada mereka.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 201, hadis nombor 1046. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن كعب بن مالك – رضي الله عنه -، قال: أغمي على رسول الله – صلى الله عليه وسلم – ساعة ثم أفاق، فقال: ((الله الله فيما ملكت أيمانكم، ألبسوا ظهورهم، وأشبعوا بطونهم، وألينوا لهم القول)). [ابن سعد، الطبري في ((التهذيب))، ابن السني، طب، ((الضعيفة)) (2902)]

(Sangat Lemah)
Daripada Ka’b bin Malik RA beliau berkata: Rasulullah SAW pengsan dalam suatu tempoh, kemudian baginda sedar. Lalu baginda berkata: Jagalah hak Allah, jagalah hak Allah pada hamba-hamba sahaya kamu. Berilah pakaian kepada mereka, kenyangkanlah perut-perut mereka, serta lembutkanlah perkataan kepada mereka.
[Riwayat Ibn Sa’d, al-Tabari dalam al-Tahzib, Ibn al-Sunni dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2902]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.