Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اللهَ اللهَ فيما مَلَكَتْ أيمانُكم، أَلْبِسُوا ظهورَهم، وأَشْبِعُوا بطونَهم، وأَلِينُوا لهم القولَ.
Teks Bahasa Melayu
Jagalah hak Allah, jagalah hak Allah pada hamba-hamba sahaya kamu. Berilah pakaian kepada mereka, kenyangkanlah perut-perut mereka, serta lembutkanlah perkataan kepada mereka.
Sahabat Perawi
- Ka’b bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 201, hadis no. 1046. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن كعب بن مالك - رضي الله عنه -، قال: أغمي على رسول الله - صلى الله عليه وسلم - ساعة ثم أفاق، فقال: ((الله الله فيما ملكت أيمانكم، ألبسوا ظهورهم، وأشبعوا بطونهم، وألينوا لهم القول)). [ابن سعد، الطبري في ((التهذيب))، ابن السني، طب، ((الضعيفة)) (2902)]
(Terlalu Daif) Daripada Ka’b bin Malik RA beliau berkata: Rasulullah SAW pengsan dalam suatu tempoh, kemudian baginda sedar. Lalu baginda berkata: Jagalah hak Allah, jagalah hak Allah pada hamba-hamba sahaya kamu. Berilah pakaian kepada mereka, kenyangkanlah perut-perut mereka, serta lembutkanlah perkataan kepada mereka. [Riwayat Ibn Sa’d, al-Tabari dalam al-Tahzib, Ibn al-Sunni dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2902]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman