Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Jagalah aku melalui sahabat-sahabatku

Teks Bahasa Arab

احفظوني في أصحابي، فمن حَفِظَنِي فيهم، كنتُ له يومَ القيامةِ وَلِيًّا وحافظًا.

Teks Bahasa Melayu

Jagalah aku melalui sahabat-sahabatku. Sesiapa yang menjaga aku dengan menjaga mereka, aku akan menjadi wali dan penjaganya di hari kiamat.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1807, hadis no. 9111. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((احفظوني في أصحابي، فمن حفظني فيهم، كنت له يوم القيامة وليا وحافظا)). [عد، ((الضعيفة)) (2103)]

(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): "Jagalah aku melalui sahabat-sahabatku. Sesiapa yang menjaga aku dengan menjaga mereka, aku akan menjadi wali dan penjaganya di hari kiamat." [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2103]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.