Jagalah aku melalui al-'Abbas

TEKS BAHASA ARAB

احفظوني في العباس، فإنه بقية آبائي، وإن عم الرجل صنو أبيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jagalah aku melalui al-‘Abbas. Dia ialah susur galur ayah-ayahku yang berbaki. Sesungguhnya bapa saudara seseorang itu saudara kandung ayahnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1801, hadis nombor 9077. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبدالمطلب بن ربيعة بن الحارث بن عبدالمطلب، قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم -: ((احفظوني في العباس، فإنه بقية آبائي، وإن عم الرجل صنو أبيه)). [خط، ((الضعيفة)) (1944)]

(Lemah) Daripada Abd al-Muttalib bin Rabi’ah bin al-Harith bin Abd al-Muttalib berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Jagalah aku melalui al-‘Abbas. Dia ialah susur galur ayah-ayahku yang berbaki. Sesungguhnya bapa saudara seseorang itu saudara kandung ayahnya.” [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat SIlsilah al-Da’ifah, no. 1944]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs