Jaga-jagalah kalian akan dunia, dan jaga-jagalah kalian akan wanita

TEKS BAHASA ARAB

اتقوا الدنيا، واتقوا النساء، فإن إبليس طلاع ورصاد، صياد، وما هو بشيء من فخوخه بأوثق لصيده في الأتقياء، من فخوخه في النساء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jaga-jagalah kalian akan dunia, dan jaga-jagalah kalian akan wanita, kerana Iblis adalah amat mengintai, menanti dan memburu. Tiadalah ia pada sesuatu dari perangkapnya yang lebih kukuh terhadap buruannya pada golongan bertakwa berbanding perangkapnya pada wanita.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1989, hadis nombor 9961. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن معاذ بن جبل -رضي الله عنه- مرفوعا: ((اتقوا الدنيا، واتقوا النساء، فإن إبليس طلاع ورصاد، صياد، وما هو بشيء من فخوخه بأوثق لصيده في الأتقياء، من فخوخه في النساء)).
[فر، ((الضعيفة)) (2065)]

(Palsu) Daripada Muaz bin Jabal RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Jaga-jagalah kalian akan dunia, dan jaga-jagalah kalian akan wanita, kerana Iblis adalah amat mengintai, menanti dan memburu. Tiadalah ia pada sesuatu dari perangkapnya yang lebih kukuh terhadap buruannya pada golongan bertakwa berbanding perangkapnya pada wanita”.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 2065]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs