Jaga-jaga kalian daripada pasukan tentera

TEKS BAHASA ARAB

إياكم والسرية التي إن لقيت فرت وإن غنمت غلت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jaga-jaga kalian daripada pasukan tentera. Sekiranya bertemu mereka lari, sekiranya mendapat harta rampasan perang mereka khianat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1010, hadis nombor 5201. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي الورد صاحب النبي ﷺ يقول: سمعت رسول الله -ﷺ يقول: إِيَاكُمْ وَالسَّرِيَّةَ التي إِنْ لَقِيَتْ فَرَّت وإن غَنِمَتْ غَلَّت. [ابن ابي شيبة في مسنده،ه الضعيفة(5015)]

(Lemah) Hadis ini diriwayatkan daripada Abu al-Ward RA, sahabat Nabi SAW berkata: aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Jaga-jaga kalian daripada satu pasukan, sekiranya bertemu mereka lari, sekiranya mendapat harta rampasan perang mereka khianat. [Ibn Abi Syaibah didalam Musnad-nya, Sunan Ibn Majah; al-Dhai’fah no 5015]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs