Jadilah peniaga

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كن من تجار أول سوق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jadilah peniaga pertama di pasar.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 73, hadis nombor 305. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

لم يرد بهذا ولابن أبي شيبة عن الزهري مرسلا أن النبي – صلى الله عليه وسلم – مر بأعرابي يبيع شيئا فقال: “عليك بأول السوم فإن الربح مع السماح”.

Tidak warid dengan lafaz ini, namun Ibn Abi Shaibah meriwayatkan daripada al-Zuhri secara mursal bahawa Nabi SAW melintas seorang lelaki Arab badwi yang sedang menjual sesuatu, Baginda pun bersabda: “Hendaklah kamu menjadi orang pertama yang melakukan tawaran, kerana keuntungan itu ada bersama harga yang dijual murah berbanding harga pasaran”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon