Jadilah (kalian) di dunia ini sebagai tetamu, ambillah masjid-masjid sebagai rumah

TEKS BAHASA ARAB

كونوا في الدنيا ‌أضيافا، واتخذوا المساجد بيوتا، وعودوا قلوبكم الرقة، وأكثروا التفكر والبكاء، ولا تختلفن بكم الأهواء، تبنون ما لا تسكنون، وتجمعون ما لا تأكلون، وتأملون ما لا تدركون.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jadilah (kalian) di dunia ini sebagai tetamu, ambillah masjid-masjid sebagai rumah, biasakanlah hati kalian dengan kelembutan, banyakkanlah berfikir dan menangis serta janganlah berselisih dengan hawa nafsu, (kerana dengan nafsu) kalian sedang membina sesuatu yang kalian tidak akan duduki, kalian sedang mengumpulkan suatu yang kalian tidak pun makan, dan kalian angan-angankan sesuatu yang kalian tidak sempat capai.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 596, hadis nombor 3074. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن الحكم بن عمير – رضي الله عنه – صاحب رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((كونوا في الدنيا ‌أضيافا، واتخذوا المساجد بيوتا، وعودوا قلوبكم الرقة، وأكثروا التفكر والبكاء، ولا تختلفن بكم الأهواء، تبنون ما لا تسكنون، وتجمعون ما لا تأكلون، وتأملون ما لا تدركون)). [حل، القضاعي، ((الضعيفة)) (1179)]

(Sangat lemah) Daripada al-Hakam bin Umair RA sahabat Rasulullah SAW berkata: Rasulullah SAW bersabda: Jadilah (kalian) di dunia ini sebagai tetamu, ambillah masjid-masjid sebagai rumah, biasakanlah hati kalian dengan kelembutan, banyakkanlah berfikir dan menangis serta janganlah berselisih dengan hawa nafsu, (kerana dengan nafsu) kalian sedang membina sesuatu yang kalian tidak akan duduki, kalian sedang mengumpulkan suatu yang kalian tidak pun makan, dan kalian angan-angankan sesuatu yang kalian tidak sempat capai. [Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Hilyah al-Awliya’ dan al-Quḍa’i dalam Musnad al-Shihab. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1179].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs