Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كُنْ ذَنَبًا وَلا تَكُنْ رَأْسًا فَإِنَّ الرَّأْسَ يَهْلِكُ وَالذَّنَبُ يَسْلَمُ.
Teks Bahasa Melayu
Jadilah kamu ekor dan janganlah kamu menjadi kepala kerana sesungguhnya kepala boleh binasa sedangkan ekor selamat.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 143, hadis no. 234. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
من كلام إبراهيم بن أدهم.
Daripada kata-kata Ibrahim bin Adham.
Rujukan
Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.
Makluman