Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان ﷺ يَدعو: اللَّهمَّ اجعَل أوسعَ رزقِك عليَّ عند كِبَرِ سنِّي، و انقطاعِ عُمُري.
Teks Bahasa Melayu
Baginda SAW selalu berdoa: Ya Allah! Jadikanlah seluas-luas rezeki-Mu kepadaku ketika usiaku tua dan terputus umurku (akhir hayatku).
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1417 -1418, hadis no. 7196. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عائشة رضي الله عنها قالت: كان ﷺ يدعو: اللهم اجعل أوسع رزقك علي عند كبر سني، وانقطاع عمري. [ك، طس، ((الضعيفة)) (1385)]
(Sangat lemah) Daripada 'Aishah RA, katanya: Baginda SAW selalu berdoa: Ya Allah! Jadikanlah seluas-luas rezeki-Mu kepadaku ketika usiaku tua dan terputus umurku (akhir hayatku). [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak dan al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1385]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman