Jadikanlah pemimpin-pemimpin kamu merupakan golongan terbaik dari kalangan kamu

TEKS BAHASA ARAB

اجعلوا أئمتكم خياركم، فإنهم وفدكم فيما بينكم، وبين الله عز وجل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jadikanlah pemimpin-pemimpin kamu merupakan golongan terbaik dari kalangan kamu. Sesungguhnya mereka adalah wakil rombongan antara kamu dengan Allah Azza wa Jalla.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 247, hadis nombor 1286. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عمر – رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((اجعلوا أئمتكم خياركم، فإنهم وفدكم فيها بينكم، وبين الله -عز وجل-)). [قط، هق، ((الضعيفة)) (1822)]

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn ‘Umar RA beliau berkata, Rasululah SAW bersabda: Jadikanlah pemimpin-pemimpin kamu merupakan golongan terbaik dari kalangan kamu. Sesungguhnya mereka adalah wakil rombongan antara kamu dengan Allah Azza wa Jalla.
[Riwayat al-Daraqutni dalam Sunan beliau dan al-Bayhaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 1822]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs