Jadikanlah kecintaan-Mu sebagai perkara yang paling aku cintai

TEKS BAHASA ARAB

اللهم اجعل حبك أحب الأشياء إلي، واجعل خشيتك أخوف الأشياء عندي، واقطع عني حاجات الدنيا بالشوق إلى لقائك، وإذا أقررت أعين أهل الدنيا من الدنيا فأقر عيني من عبادتك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ya Allah! Jadikanlah kecintaan-Mu sebagai perkara yang paling aku cintai. Jadikanlah ketakutan kepada-Mu sebagai perkara yang paling aku takuti. Pisahkanlah daripadaku keperluan-keperluan dunia dengan rasa rindu untuk bertemu dengan-Mu dan seperti Engkau sejukkan mata-mata penduduk dunia terhadap dunia, maka sejukkanlah mataku terhadap pengabdian kepada-Mu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1443, hadis nombor 7343. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبد الله بن صالح، عمن حدثه، عن رسول الله ﷺ: اللهم اجعل حبك أحب الأشياء إلي، واجعل خشيتك أخوف الأشياء عندي، واقطع عني حاجات الدنيا بالشوق إلى لقائك، وإذا أقررت أعين أهل الدنيا من الدنيا فأقر عيني من عبادتك.
[فر، ((الضعيفة)) (2903)]

(Lemah)
Daripada ‘Abdullah bin Ṣāliḥ, daripada perawi yang menceritakan kepadanya, daripada Rasulullah SAW: Ya Allah! Jadikanlah kecintaan-Mu sebagai perkara yang paling aku cintai. Jadikanlah ketakutan kepada-Mu sebagai perkara yang paling aku takuti. Pisahkanlah daripadaku keperluan-keperluan dunia dengan rasa rindu untuk bertemu dengan-Mu dan seperti Engkau sejukkan mata-mata penduduk dunia terhadap dunia, maka sejukkanlah mataku terhadap pengabdian kepada-Mu.
[Riwayat al-Dailamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2903]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs