Jadikanlah jarak di antara azan dan iqamah kadar yang mana seseorang habiskan makanan

TEKS BAHASA ARAB

اجعل بين أذانك وإقامتك قدر ما يفرغ الآكل من أكله والمعتمر إذا دخل لقضاء حاجته ولا تقوموا حتى تروني.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jadikanlah jarak di antara azan dan iqamah kadar yang mana seseorang habiskan makanan dan orang yang melakukan umrah ketika dia masuk untuk menunaikan hajatnya. Jangan kalian bangun sehingga kalian melihatku.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 34. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

هو في المصابيح. قال مؤلفه هو ضعيف، وقال القزويني موضوع عندي وصدر الحديث ليس بموضوع وهو:
إِذا أَذِنت فترسل وَإِذا أَقمت فاحدر.

Hadith ini terdapat di dalam kitab al-Masabih. Pengarangnya menyebut bahawa ia adalah hadith yang lemah. Al-Qazwini berkata: Hadith ini adalah hadith palsu menurut pandangan aku. Permulaan hadith ini bukanlah palsu. Lafaznya ialah:
“Jika engkau melaungkan azan. Maka sebutkanlah satu-satu. Jika engkau laungkan iqamah maka laungkanlah dengan cepat.”

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs