Jadikanlah imam berada di bahagian tengah dan tutuplah ruang-ruang kosong

TEKS BAHASA ARAB

وسطوا الإمام وسدوا الخلل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jadikanlah Imam berada di bahagian tengah dan tutuplah ruang-ruang kosong.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 106, hadis nombor 86. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه أبو داود (2/ 375- عون) ومن طريقه البيهقي (3/ 104) من طريق يحيى بن بشير بن خلاد، عن أمه أنها دخلت على محمد بن كعب القرظي، فسمعته يقول: حدثني أبو هريرة مرفوعاً. فذكره.
قلت: وهذا سند ضعيف. ويحيى بن بشير قال ابن القظان: مجهول وأمه واسمها أمة الواحد بنت يامين مجهولة أيضاً. والله أعلم.

Dha’if lemah). Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Abu Daud (2/375 – ‘Awn), juga oleh al-Baihaqi (3/104) melalui Abu Daud, daripada Yahya bin Bashir bin Khallad daripada ibunya bahawa beliau pernah masuk menemui Muhammad bin Ka’b al-Qurazi, dia mendengar Muhammad berkata: Abu Hurairah telah menceritakan kepadaku secara marfu’, lalu beliau menyebutkan hadith itu.
Saya berkata: Sanadnya dha’if. Ibn Qattan berkata berkenaan Yahya bin Bashir: "Majhu". Ibunya pula bernama Amah al-Wahid binti Yamin, juga seorang yang majhul. Wallahua’alam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs