Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Jadikanlah burung merpati ini dipotong bulu kepaknya di rumah-rumah kamu

Teks Bahasa Arab

‌اتَّخِذُوا ‌هَذِه ‌الحَمامَ ‌المَقاصيصَ فِي بُيُوتِكُمْ فإِنَّها تُلْهِي الجِنَّ عَنْ صِبْيانِكُمْ.

Teks Bahasa Melayu

Jadikanlah burung merpati ini dipotong bulu kepaknya di rumah-rumah kamu, kerana ia boleh melekakan jin daripada (mengganggu) anak-anak kecil kamu.

Sahabat Perawi

  1. Anas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 7, hadis no. 15. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ibn al-Jawzi telah memasukkannya dalam al-Mawdhu'at dan beliau hadith tersebut sebagai cacat disebabkan oleh Muhammad bin Ziyad al-Maimuni – saya maksudkan – bagi hadith Ibn 'Abbas. Penulis (al-Suyuti) turut bersetuju dengan Ibn al-Jawzi akan kepalsuannya. Boleh jadi sebahagian perawi-perawi dha'if mencuri hadith tersebut dan menyusun satu sanad lain bagi hadith tersebut daripada Anas.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.