Jadikanlah aku orang yang banyak bersabar

TEKS BAHASA ARAB

أن رجلا أتى النبي ﷺ فقال: علمني دعوة، فقال: اللهم اجعلني صبورا، اللهم اجعلني شكورا، اللهم اجعلني في عيني صغيرا، و في أعين الناس كبيرا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang lelaki telah datang menemui Nabi SAW, lalu berkata: Ajarkanlah doa kepadaku. Baginda pun bersabda: Ya Allah! Jadikanlah aku orang yang banyak bersabar. Ya Allah! Jadikanlah aku orang yang banyak bersyukur. Ya Allah! Jadikanlah aku pada pandangan mataku adalah kecil dan jadikanlah aku pada pandangan mata manusia lain sebagai besar.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1407, hadis nombor 7137. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن ابن بريدة عن أبيه رضي الله عنه، أن رجلا أتى النبي ﷺ، فقال: علمني دعوة، فقال: اللهم اجعلني صبورا، اللهم اجعلني شكورا، اللهم اجعلني في عيني صغيرا، و في أعين الناس كبيرا.
[فر، ابن أبي حاتم في ((العلل))، ((الضعيفة)) (911)]

(Munkar)
Daripada Ibn Buraidah daripada ayahnya RA bahawa seorang lelaki telah datang menemui Nabi SAW, lalu berkata: Ajarkanlah doa kepadaku. Baginda pun bersabda: Ya Allah! Jadikanlah aku orang yang banyak bersabar. Ya Allah! Jadikanlah aku orang yang banyak bersyukur. Ya Allah! Jadikanlah aku pada pandangan mataku adalah kecil dan jadikanlah aku pada pandangan mata manusia lain sebagai besar.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws dan Ibn Abi Hatim dalam al-'Ilal. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 911]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs