Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Jadikanlah aku orang yang banyak bersabar

Teks Bahasa Arab

أن رجلا أتى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: علمني دعوة ، فقال: ((اللَّهمَّ اجعَلني صَبورًا، اللَّهمَّ اجعَلني شَكورًا، اللَّهمَّ اجعَلني في عَيني صغيرًا، و في أعيُنِ النَّاسِ كبيرًا)).

Teks Bahasa Melayu

Seorang lelaki telah datang menemui Nabi SAW, lalu berkata: Ajarkanlah doa kepadaku. Baginda pun bersabda: Ya Allah! Jadikanlah aku orang yang banyak bersabar. Ya Allah! Jadikanlah aku orang yang banyak bersyukur. Ya Allah! Jadikanlah aku pada pandangan mataku adalah kecil dan jadikanlah aku pada pandangan mata manusia lain sebagai besar.

Sahabat Perawi

  1. Ibn Buraidah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1407, hadis no. 7137. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن بريدة عن أبيه رضي الله عنه، أن رجلا أتى النبي ﷺ، فقال: علمني دعوة، فقال: اللهم اجعلني صبورا، اللهم اجعلني شكورا، اللهم اجعلني في عيني صغيرا، و في أعين الناس كبيرا. [فر، ابن أبي حاتم في ((العلل))، ((الضعيفة)) (911)]

(Munkar) Daripada Ibn Buraidah daripada ayahnya RA bahawa seorang lelaki telah datang menemui Nabi SAW, lalu berkata: Ajarkanlah doa kepadaku. Baginda pun bersabda: Ya Allah! Jadikanlah aku orang yang banyak bersabar. Ya Allah! Jadikanlah aku orang yang banyak bersyukur. Ya Allah! Jadikanlah aku pada pandangan mataku adalah kecil dan jadikanlah aku pada pandangan mata manusia lain sebagai besar. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws dan Ibn Abi Hatim dalam al-'Ilal. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 911]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.