Jaafar bin Abu Talib telah menghadiahkan Nabi SAW buah Safarjal (Kuins)

TEKS BAHASA ARAB

حديث: أن جعفر بن أبي طالب أهدي إلى النبي صلى الله عليه وآله وسلم سفرجلا، فأعطى معاوية ثلاث سفرجلات. وقال: تلقاني بهن في الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Jaafar bin Abu Talib telah menghadiahkan Nabi SAW buah Safarjal (Quince atau Kuins), lalu baginda memberikan tiga biji buah Safarjal kepada Muawiyah. Lalu baginda bersabda: Kamu akan bertemu aku dengan buah ini di syurga.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 406, hadis nombor 153. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن حبان: موضوع. وقال الخطيب: الحديث غير ثابت، وجعفر قتل في مؤتة، ومعاوية: إنما أسلم عام الفتح. فلعن الله الكذابين. وقد روي أن النبي صلى الله عليه وآله وسلم أهدى له سفرجلات من الطائف إلخ. وروي: إنه صلى الله عليه وآله وسلم دفع إلى معاوية سفرجلة إلخ.

Ibn Hibban berkata: Palsu. Al-Khatib berkata: Hadith ini tidak thabit dan Jaafar dibunuh di Mu’tah. Muawiyah pula masuk Islam pada tahun pembukaan (kota Mekah). Allah melaknat para pendusta.
Diriwayatkan juga bahawa Nabi SAW dihadiahkan kepadanya buah-buah Safarjal dari Taif …sehingga akhir hadith. Diriwayatkan juga bahawa Nabi SAW menghadiahkan Muawiyah buah Safarjal…sehingga akhir hadith.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs