Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: أنَّ جَعْفَرَ بْنَ أَبِي طَالِبٍ أُهْدِيَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ سَفَرْجَلا، فَأَعْطَى مُعَاوِيَةَ ثَلاثَ سَفَرْجَلاتٍ. وَقَالَ: تَلْقَانِي بِهِنَّ فِي الْجَنَّةِ.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Jaafar bin Abu Talib telah menghadiahkan Nabi SAW buah Safarjal (Quince atau Kuins), lalu baginda memberikan tiga biji buah Safarjal kepada Muawiyah. Lalu baginda bersabda: Kamu akan bertemu aku dengan buah ini di syurga.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 406, hadis no. 153. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال ابن حبان: موضوع. وقال الخطيب: الحديث غير ثابت، وجعفر قتل في مؤتة، ومعاوية: إنما أسلم عام الفتح. فلعن الله الكذابين. وقد روي أن النبي صلى الله عليه وآله وسلم أهدى له سفرجلات من الطائف إلخ. وروي: إنه صلى الله عليه وآله وسلم دفع إلى معاوية سفرجلة إلخ.
Ibn Hibban berkata: Palsu. Al-Khatib berkata: Hadith ini tidak thabit dan Jaafar dibunuh di Mu’tah. Muawiyah pula masuk Islam pada tahun pembukaan (kota Mekah). Allah melaknat para pendusta. Diriwayatkan juga bahawa Nabi SAW dihadiahkan kepadanya buah-buah Safarjal dari Taif ...sehingga akhir hadith. Diriwayatkan juga bahawa Nabi SAW menghadiahkan Muawiyah buah Safarjal...sehingga akhir hadith.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman