Itu hanyalah terjadi disebabkan oleh syaitan, dia akan masuk ke dalam saluran kencing seseorang

TEKS BAHASA ARAB

لا؛ إنما ذلك من الشيطان يدخل في إحليل أحدكم، حتى يخيل إليه أنه يخرج منه الريح، فإذا وجد أحدكم ذلك، فلا يقطع صلاته، حتى يجد بللا، أو ريحا، أو يسمع صوتا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak, itu hanyalah terjadi disebabkan oleh syaitan, dia akan masuk ke dalam saluran kencing seseorang hingga dia menyangka keluarnya kentut. Oleh itu, apabila seseorang kamu mendapati sedemikian, maka janganlah dia memberhentikan solatnya hinggalah dia melihat kebasahan atau bau atau bunyi yang didengari.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1228, hadis nombor 6249. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن عبد الله بن محمد مولى أسلم، قال: أن النبي صلى الله عليه وسلم جاءه رجل، فقال له: إنه يخيل إلي إذا كنت أصلي أنه يخرج من إحليلي الشيء، أو يخرج مني الريح، أفأقطع صلاتي؟ قال: لا؛ إنما ذلك من الشيطان يدخل في إحليل أحدكم، حتى يخيل إليه أنه يخرج منه الريح، فإذا وجد أحدكم ذلك، فلا يقطع صلاته، حتى يجد بللا، أو ريحا، أو يسمع صوتا.
[عب، ((الضعيفة)) (6558)].

(Palsu)
Daripada ‘Abdillah bin Muhammad, mawla Aslam, katanya: Nabi SAW telah didatangi oleh seorang lelaki, lalu lelaki itu berkata kepada baginda: Sesungguhnya aku sering dikhayalkan, apabila aku solat, sesuatu akan keluar daripada saluran air kencingku atau keluar kentut daripadaku, maka bolehkah aku memberhentikan solatku? Baginda menjawab: Tidak, itu hanyalah terjadi disebabkan oleh syaitan, dia akan masuk ke dalam saluran kencing seseorang hingga dia menyangka keluarnya kentut. Oleh itu, apabila seseorang kamu mendapati sedemikian, maka janganlah dia memberhentikan solatnya hinggalah dia melihat kebasahan atau bau atau bunyi yang didengari.
[Riwayat 'Abd al-Razzaq dalam al-Musannaf. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6558].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.