Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا؛ إنَّما ذلكَ من الشيطانُ يدخلُ في إحليلِ أحدِكم، حتى يُخيَّلُ إليهِ أنه يخرجُ منه الريحُ، فإذا وجدَ أحدُكم ذلكَ، فلا يقطعْ صلاتَهُ، حتى يجدَ بللًا، أو ريحًا، أو يَسمعَ صوتًا.
Teks Bahasa Melayu
Tidak, itu hanyalah terjadi disebabkan oleh syaitan, dia akan masuk ke dalam saluran kencing seseorang hingga dia menyangka keluarnya kentut. Oleh itu, apabila seseorang kamu mendapati sedemikian, maka janganlah dia memberhentikan solatnya hinggalah dia melihat kebasahan atau bau atau bunyi yang didengari.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1228, hadis no. 6249. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عبد الله بن محمد مولى أسلم، قال: أن النبي صلى الله عليه وسلم جاءه رجل، فقال له: إنه يخيل إلي إذا كنت أصلي أنه يخرج من إحليلي الشيء، أو يخرج مني الريح، أفأقطع صلاتي؟ قال: لا؛ إنما ذلك من الشيطان يدخل في إحليل أحدكم، حتى يخيل إليه أنه يخرج منه الريح، فإذا وجد أحدكم ذلك، فلا يقطع صلاته، حتى يجد بللا، أو ريحا، أو يسمع صوتا. [عب، ((الضعيفة)) (6558)].
(Palsu) Daripada 'Abdillah bin Muhammad, mawla Aslam, katanya: Nabi SAW telah didatangi oleh seorang lelaki, lalu lelaki itu berkata kepada baginda: Sesungguhnya aku sering dikhayalkan, apabila aku solat, sesuatu akan keluar daripada saluran air kencingku atau keluar kentut daripadaku, maka bolehkah aku memberhentikan solatku? Baginda menjawab: Tidak, itu hanyalah terjadi disebabkan oleh syaitan, dia akan masuk ke dalam saluran kencing seseorang hingga dia menyangka keluarnya kentut. Oleh itu, apabila seseorang kamu mendapati sedemikian, maka janganlah dia memberhentikan solatnya hinggalah dia melihat kebasahan atau bau atau bunyi yang didengari. [Riwayat 'Abd al-Razzaq dalam al-Musannaf. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6558].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman