Itu hanyalah daripada syaitan, dia memasuki saluran kencing salah seorang kalian

TEKS BAHASA ARAB

إنما ذلك من الشيطان يدخل في إحليل أحدكم، حتى يخيل إليه أنه يخرج منه الريح، فإذا وجد أحدكم ذلك، فلا يقطع صلاته، حتى يجد بللا، أو ريحا، أو يسمع صوتا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Itu hanyalah daripada syaitan, dia memasuki saluran kencing salah seorang kalian, sehinggalah dia memberi bayangan kepada orang tersebut bahawa ada angin keluar daripadanya. Sekiranya salah seorang kalian mengalami perkara tersebut, maka janganlah dia memutuskan solatnya. Sehinggalah dia mendapati ada lembapan, atau bau atau terdengar bunyi.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 380-381, hadis nombor 2019. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبد الله بن محمد مولى أسلم، قال: إن النبي ﷺ جاءه رجل، فقال له: إنه يخيل إليّ إذا كنت أصلي أنه يخرج من إحليلي الشيء، أو يخرج مني الريح، أفأقطع صلاتي؟ قال: «لا، إنما ذلك من الشيطان يدخل في إحليل أحدكم، حتى يخيل إليه أنه يخرج منه الريح، فإذا وجد أحدكم ذلك، فلا يقطع صلاته، حتى يجد بللا، أو ريحا، أو يسمع صوتا». [عب، «الضعيفة» (6558)].

(Palsu) Daripada Abdullah bin Muhammad bekas hamba Aslam, beliau berkata: Sesungguhnya seorang lelaki telah datang kepada Nabi ﷺ, lalu dia berkata kepada baginda: "Sesungguhnya terbayang kepadaku apabila aku sedang menunaikan solat, bahawa ada sesuatu keluar dari saluran kencing aku atau aku ada melepaskan angin. Adakah aku perlu memutuskan solatku? Baginda menjawab: “Tidak, itu hanyalah daripada syaitan, dia memasuki saluran kencing salah seorang kalian, sehinggalah dia memberi bayangan kepada orang tersebut bahawa ada angin keluar daripadanya. Sekiranya salah seorang kalian mengalami perkara tersebut, maka janganlah dia memutuskan solatnya. Sehinggalah dia mendapati ada lembapan, atau bau atau terdengar bunyi.” [Riwayat 'Abd al-Razzaq dalam Musannafnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6558].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs