Itu adalah kemenangan yang buruk bagi orang yang menang

TEKS BAHASA ARAB

وهن شر غالب لمن غلب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Itu adalah kemenangan yang buruk bagi orang yang menang.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1158, hadis nombor 5854. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الأعشى المازني رضي الله عنه قال: أتيتُ النبي صلى الله عليه وسلم فأنشدته:
يا مالك الناس وديان العرب *** أني لقيت ذربة من الذرب
غدوت أبغيها الطعام في رجب *** فخلفتني بنزاع وهرب
أخلفت العهد ولطت بالذنب *** وهن شرغالب لمن غلب
قال: فجعل يقول: وهن شر غالب لمن غلب. [تخ، ابن سعد، عم، ع، الضعيفة (5712)]

(Lemah) Daripada ‘Asya al-Mazini RA, telah berkata: Aku telah datang bertemu Nabi SAW, lalu aku mendendangkan syair di hadapan Baginda: Wahai Raja dan Penguasa Bangsa Arab, sesungguhnya aku bertemu Engkau. Dan aku mencari makanan di dalam bulan Rejab dan an aku ditinggalkan dengan pertikaian dan peperangan. Aku telah meninggalkan janji dan melakukan dosa dan itu adalah kemenangan yang buruk bagi orang yang menang. Lalu Rasulullah SAW mula bersabda di sisinya: Itu adalah kemenangan yang buruk bagi orang yang menang. [Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir, Ibn Sa’ad, Abdullah bin Ahmad dalam Zawaid al-Musnad, Musnad Abi Ya’la. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5712]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.