Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Itu adalah hari Allah SWT turun dari Kerusi-Nya

Teks Bahasa Arab

ذَاكَ يَوْمٌ يَنْزِلُ اللَّهُ تَعَالَى عَلَى كُرْسِيِّهِ، يَئِطُّ كَمَا يَئِطُّ الرَّحْلُ الْجَدِيدُ مِنْ تَضَايُقِهِ بِهِ، وَهُوَ كَسَعَةِ مَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ.

Teks Bahasa Melayu

Itu adalah hari Allah SWT turun dari Kerusi-Nya, berkeriut Kerusi seperti berkeriutnya pelana besi yang baru dipasang kerana ia menjadi sempit, dan keluasannya adalah seluas langit dan bumi.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Mas‘ud RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1086, hadis no. 5524. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن مسعود رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: قيل له: ما المقام المحمود؟ قال: ذاك يوم يَنْزِلُ اللَّهُ تَعَالَى عَلَى كُرْسِيِّهِ يَئِطُّ كَمَا يَئِطُّ الرَّحْلُ الْجَدِيدُ مِنْ تَضَايُقِهِ بِهِ وَهُوَ كَسَعَةِ مَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالأَرْض. [الدارمي، ك، فر، الضعيفة (6333)ٍ].

(Munkar) Daripada Ibn Mas‘ud RA, daripada Nabi SAW, seseorang bertanya kepada Baginda: Apakah yang dimaksudkan dengan ‘posisi yang terpuji? Baginda SAW menjawab: Itu adalah hari Allah SWT turun dari Kerusi-Nya, berkeriut Kerusi seperti berkeriutnya pelana besi yang baru dipasang kerana ia menjadi sempit, dan keluasannya adalah seluas langit dan bumi. [Riwayat al-Darimi dalam Sunannya, riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6333]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.