Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الاسْتِئْنَاسُ! أَنْ تَدْعُوَ الْخَادِمَ حَتَّى يَسْتَأْنِسَ أَهْلَ الْبَيْتِ الَّذِينَ تَسْتَأْذِنُ عَلَيْهِمْ.
Teks Bahasa Melayu
Isti’nas itu adalah dengan kamu mengajak pembantu, sehingga dia menjadi tenang dengan ahli rumah yang kamu meminta izin untuk masuk ke dalam rumah mereka.
Sahabat Perawi
- Abu Ayyub RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 231, hadis no. 1226. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي أيوب - رضي الله عنه -، أن النبي - صلى الله عليه وسلم - قال: ((الاستئناس! أن تدعو الخادم حتى يستأنس أهل البيت الذين تستأذن عليهم)). [طب، ((الضعيفة)) (6370)]
(Palsu) Daripada Abu Ayyub RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Isti’nas itu adalah dengan kamu mengajak pembantu, sehingga dia menjadi tenang dengan ahli rumah yang kamu meminta izin untuk masuk ke dalam rumah mereka. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam Al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 6370]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman