Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الاستغفارُ في الصحيفَةِ يتلأْلَأُ نورًا.
Teks Bahasa Melayu
Istighfar di dalam lembaran (amal) akan bergemerlapan cahayanya.
Sahabat Perawi
- Muawiyah bin Qurrah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1993, hadis no. 9987. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن معاوية بن قرة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((الاستغفار في الصحيفة يتلألأ نورا)). [فر، ((الضعيفة)) (2286، 2793)]
(Lemah) Daripada Muawiyah bin Qurrah RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Istighfar di dalam lembaran (amal) akan bergemerlapan cahayanya. [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Dai’fah, no. 2286, 2793]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman