Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الاستغفارُ مِمْحَاةٌ للذُّنُوبِ.
Teks Bahasa Melayu
Istighfar boleh memadamkan dosa-dosa.
Sahabat Perawi
- Hudzaifah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1993, hadis no. 9988. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن حذيفة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((الاستغفار ممحاة للذنوب)). [فر، ((الضعيفة)) (2287)]
(Sangat Lemah) Daripada Hudzaifah RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Istighfar boleh memadamkan dosa-dosa. [Riwayat Musnad al-Dailami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Dai’fah, no. 2287]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman