Isteriku tidak menolak tangan orang yang ingin menyentuhnya

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إن امرأتي لا تدفع يد لامس قال: طلقها قال: إني أحبها قال: استمتع بها


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesungguhnya isteriku tidak menolak tangan orang yang ingin menyentuhnya. Nabi SAW bersabda: Ceraikan dia. Lelaki tersebut berkata: Aku mencintainya. Nabi SAW bersabda: Bermesralah dengannya.


STATUS

Sahih


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 129, hadis nombor 31. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه الخلال عن أبي الزبير عن [جابر] قال: أتى رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فذكره.
وقد قال ابن الجوزي: لا أصل له وعده في الموضوعات.
قال ابن حجر: لما سئل عن هذا الحديث: "إنه حسن صحيح ولم يصب من قال: إنه موضوع.
وقد أخرجه أبو داود في سننه والنسائي.
قال المنذري في مختصر السنن: رجال إسناده محتج بهم في الصحيحين على الاتفاق والانفراد وبالجملة: فإدخال مثل هذا الحديث في الموضوعات مجازفة ظاهرة.

Al-Khalal meriwayatkan daripada Abu Zubair daripada Jabir, berkata: Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW dan menyebut hadith di atas.
Ibn Jauzi berkata: tidak ada asalnya. Beliau meletakkan dalam kitab al-Maudhuat.
Ibn Hajar berkata: Ketika ditanya tentang hadith ini, beliau berkata hadith ini hasan sahih dan tidak benar mereka yang mengatakan ia palsu.
Abu Dawud meriwayatkan di dalam Sunannya, begitu juga an-Nasaie.
Al-Munziri berkata di dalam kitab Mukhtasar Sunan. Perawi sanad ini menjadi hujah dalam Sahihain sama ada disepakati keduanya atau bersendirian. Namun secara umumnya memasukkan hadith seumpama ini dalam kitab al-Maudu’at merupakan kegopohan yang jelas.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs