Mawquf
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما بَغَتِ امْرَأَةُ نبي قط.
Teks Bahasa Melayu
Isteri nabi tidak pernah melampaui batas sama sekali.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Mawquf
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1539, hadis no. 7817. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موقوف) عن ابن عباس رضي الله عنه - قال: (ما بغت امرأة نبيل قط) . [الطبري، ((الضعيفة)) (5687)]
(Mawquf) Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: Isteri nabi tidak pernah melampaui batas sama sekali.” [Riwayat Ibn Jarir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.5687].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman