Istana di dalam syurga daripada permata

TEKS BAHASA ARAB

قصر في الجنة من لؤلؤة، فيها سبعون دارا من ياقوتة حمراء، في كل دار سبعون بيتا من زمردة خضراء، في كل بيت سبعون سريرا، على كل سرير سبعون فراشا من كل لون، على كل فراش امرأة [من الحور العين]، في كل بيت سبعون مائدة، على كل مائدة سبعون لونا من الطعام. في كل بيت سبعون وصيفا ووصيفة، ويعطى المؤمن من القوة ما يأتي على ذلك كله في غداة واحدة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Istana di dalam syurga dibina daripada permata, padanya 70 binaan yang dibina daripada batu permata merah. Dalam setiap binaan terdapat 70 buah rumah yang dibina daripada zamrud hijau. Dalam setiap rumah terdapat 70 buah katil. Atas setiap katil terdapat 70 tilam daripada pelbagai warna. Di atas setiap tilam terdapat wanita daripada bidadari. Di dalam setiap rumah terdapat 70 hidangan. Bagi setiap hidangan 70 warna makanan. Di dalam setiap rumah juga terdapat 70 pelayan lelaki dan wanita. Diberikan kepada orang yang beriman kekuatan yang datang keseluruhannya pada satu waktu pagi.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1590, hadis nombor 8031. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

عن عمران بن حصين وأبي هريرة قالا: سئل رسول الله صلى الله عليه وسلم عن قوله: {ومساكن طيبة في جنات عدن}. قال: (قصر في الجنة من لؤلؤة، فيها سبعون دارا من ياقوتة حمراء، في كل دار سبعون بيتا من زمردة خضراء، في كل بيت سبعون سريرا، على كل سرير سبعون فراشا من كل لون، على كل فراش امرأة [من الحور العين]، في كل بيت سبعون مائدة، على كل مائدة سبعون لونا من الطعام. في كل بيت سبعون وصيفا ووصيفة، ويعطى المؤمن من القوة ما يأتي على ذلك كله في غداة واحدة.). منكر جدا.

(Munkar Jiddan)
Daripada Imran bin al-Husain dan Abi Hurairah RA berkata: Ditanya Rasulullah SAW berkaitan firman Allah: {Dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam Syurga ‘Adn. [al-Taubah: 72]} Baginda berkata: ((Istana di dalam syurga dibina daripada permata, padanya 70 binaan yang dibina daripada batu permata merah. Dalam setiap binaan terdapat 70 buah rumah yang dibina daripada zamrud hijau. Dalam setiap rumah terdapat 70 buah katil. Atas setiap katil terdapat 70 tilam daripada pelbagai warna. Di atas setiap tilam terdapat wanita daripada bidadari. Di dalam setiap rumah terdapat 70 hidangan. Bagi setiap hidangan 70 warna makanan. Di dalam setiap rumah juga terdapat 70 pelayan lelaki dan wanita. Diberikan kepada orang yang beriman kekuatan yang datang keseluruhannya pada satu waktu pagi.))
[Riwayat al-Bazzar, Ibn Jarir, Ibn Abi Dunya dalam Sifat al-Jannah, al-Tabarani dalam al-Kabir, al-Tabarani dalam al-Awsat, al-Husain al-Marwazi dalam Ziyadat al-Zuhd, Abu Nu’aim dalam Sifat al-Jannah, al-Baihaqi dalam al-Ba’th, dan Ibn al-Jawzi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6706)].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs