Israfil mempunyai empat sayap, dua sayap daripadanya merupakan salah satunya di timur dan sebelah lagi di barat

TEKS BAHASA ARAB

إسرافيل له أربعة أجنحة منها جناحان أحدهما بالمشرق والآخر بالمغرب واللوح بين عينيه فإذا أراد الله عز وجل أن يكتب الوحي ينقر بين جبهته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Israfil mempunyai empat sayap, dua sayap daripadanya merupakan salah satunya di timur dan sebelah lagi di barat. Al-Lauh di antara dua matanya. Sekiranya Allah berkeinginan untuk menulis wahyu, Allah akan mengukir di antara dahinya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1713, hadis nombor 8615. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن عائشة رضي الله عنها: أن كعباً رحمه الله تعالى قال لها: هل سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول في إسرافيل شيئاً؟ قالت: نعم؛ سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: (إسرافيل له أربعة أجنحة، منها جناحان أحدهما بالمشرق والآخر بالمغرب، واللوح بين عينيه، فإذا أراد الله عز وجل أن يكتب الوحي ينقر بين جبهته) .
[أبو الشيخ في ((العظمة))، ((الضعيفة)) (6895)]

(Palsu)
Daripada Aisyah RA: “Bahawa Ka’ab, moga Allah merahmatinya, berkata kepadanya: Adakah kamu mendengar Rasulullah SAW pernah berkata sesuatu kepada Israfil? Aisyah menjawab: Ya, aku mendengar Rasulullah SAW berkata: Israfil mempunyai empat sayap, dua sayap daripadanya merupakan salah satunya di timur dan sebelah lagi di barat. Al-Lauh di antara dua matanya. Sekiranya Allah berkeinginan untuk menulis wahyu, Allah akan mengukir di antara dahinya.”
[Riwayat Abu al-Shaykh dalam al-‘Azhamah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6895]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.