Islam pasti menangis di atas kematian Umar

TEKS BAHASA ARAB

قال لي جبريل: ليبك الإسلام على موت عمر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jibril telah berkata kepadaku: Islam pasti menangis di atas kematian Umar.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1743, hadis nombor 8776. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي بن كعب -رضي الله عنه- مرفوعا: ((قال لي حبريل -عليه السلام- لبيك )لإسلام على موت عمر. [طب، حل، ((الضعيفة)) (4047)]

(Palsu)
Daripada Ubay bin Ka’ab RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Jibril telah berkata kepadaku: Islam pasti menangis di atas kematian Umar.))
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir dan Abu Nu’aim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4047].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs