Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
قال لي جبريلُ: لِيَبْكِ الإسلامُ على مَوتِ عُمرَ.
Teks Bahasa Melayu
Jibril telah berkata kepadaku: Islam pasti menangis di atas kematian Umar.
Sahabat Perawi
- Ubay bin Ka'ab
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1743, hadis no. 8776. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي بن كعب -رضي الله عنه- مرفوعاً: (قال لي جبريل: لبيك الإسلام على موت عمر). [طب، حل، ((الضعيفة)) (4047)].
(Palsu) Daripada Ubay bin Ka'ab RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Jibril telah berkata kepadaku: Islam pasti menangis di atas kematian Umar.)). [Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir dan Abu Nu’aim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4047].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman