Islam itu (sesuatu yang) zahir, manakala iman itu dalam hati

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الإسلام ‌علانية، والإيمان في القلب…

TEKS BAHASA MALAYSIA

Islam itu (sesuatu yang) zahir, manakala iman itu dalam hati…

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 562, hadis nombor 2918. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أنس – رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «الإسلام ‌علانية، والإيمان في القلب …». [ابن أبي شيبة في ((الإيمان))، ش، ع، حم، البزار، عد، ابن حبان في ((الضعفاء))، ((الضعيفة)) (6906)].

(Munkar) Daripada Anas RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: “Islam itu (sesuatu yang) zahir, manakala iman itu dalam hati…" [Riwayat Ibn Abi Shaybah dalam al-Īmān, Abū Ya‘lā dalam al-Musnad, Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad, al-Bazzār dalam al-Musnad, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fī al-Ḍu‘afā’ dan Ībn Ḥibbān dalam al-Ḍu‘afā’. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6906].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.