Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Islam itu (sesuatu yang) zahir, manakala iman itu dalam hati

Teks Bahasa Arab

الْإِسْلَامُ ‌عَلَانِيَةٌ، ‌وَالْإِيمَانُ ‌فِي ‌الْقَلْبِ...

Teks Bahasa Melayu

Islam itu (sesuatu yang) zahir, manakala iman itu dalam hati...

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 562, hadis no. 2918.

(منكر) عن أنس - رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «الإسلام ‌علانية، والإيمان في القلب ...». [ابن أبي شيبة في ((الإيمان))، ش، ع، حم، البزار، عد، ابن حبان في ((الضعفاء))، ((الضعيفة)) (6906)].

(Munkar) Daripada Anas RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: “Islam itu (sesuatu yang) zahir, manakala iman itu dalam hati..." [Riwayat Ibn Abi Shaybah dalam al-Īmān, Abū Ya‘lā dalam al-Musnad, Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad, al-Bazzār dalam al-Musnad, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fī al-Ḍu‘afā’ dan Ībn Ḥibbān dalam al-Ḍu‘afā’. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6906].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.