Classification icon

Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Islam itu jinak, tidak ada yang menunggangnya melainkan yang jinak

Teks Bahasa Arab

الإسلامُ ذَلولٌ، لا يَركَبُه إلا ذَلولٌ.

Teks Bahasa Melayu

Islam itu jinak, tidak ada yang menunggangnya melainkan yang jinak.

Sahabat Perawi

  1. Abu Dzarr RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 459, hadis no. 2458.

(ضعيف جدا) عن أبي ذر -رضي الله عنه- عن النبي ﷺ: «الإسلام ذلول، لا يركبه إلا ذلول». [حم، ابن عساكر، «الضعيفة» (2469)].

(Sangat Lemah) Daripada Abu Dzarr RA, daripada Nabi ﷺ: “Islam itu jinak, tidak ada yang menunggangnya melainkan yang jinak.” [Riwayat Ahmad dalam Musnadnya dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2469].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.