Islam itu bertambah dan tidak berkurang

TEKS BAHASA ARAB

الإسلام يزيد ولا ينقص.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Islam itu bertambah dan tidak berkurang.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 451-452, hadis nombor 2417. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي الأسود، قال: أتي معاذ بيهودي وارثه مسلم، فقال: سمعت رسول الله ﷺ يقول أو قال: قال رسول الله ﷺ: «الإسلام يزيد ولا ينقص». فورثه. [د، ابن أبي عاصم، ك، هق، حم، الطيالسي، الجورقاني في «الأباطيل»، «الضعيفة»، (1123)].

(Lemah) Daripada Abu al-Aswad, beliau berkata: Mu’az didatangkan dengan seorang Yahudi yang warisnya adalah seorang muslim. Lalu Mu’az berkata: Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda atau telah berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Islam itu bertambah dan tidak berkurang”. Lantas Mu’az pun memberikan harta warisannya. [Riwayat Abu Daud dalam Sunannya, Ibn Abu ‘Asim, al-Hakim dalam Mustadrak al-Hakim, al-Bayhaqi dalam al-Sunan al-Kubra, Imam Ahmad dalam Musnadnya, al-Tayalisi dan al-Jawraqani dalam al-Abatil. Lihat Silsilah Da’ifah, no. 1123].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs