Classification icon

Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Islam itu bersih maka kalian bersihkanlah (diri)

Teks Bahasa Arab

الإسلامُ نظيفٌ فتَنَظَّفُوا، فإنه لا يَدْخُلُ الجنةَ إلا نظيفٌ.

Teks Bahasa Melayu

Islam itu bersih maka kalian bersihkanlah (diri), kerana sesungguhnya tidak masuk ke dalam syurga melainkan yang bersih.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 459, hadis no. 2459.

(ضعيف) عن عائشة -رضي الله عنها- مرفوعا: «الإسلام نظيف فتنظفوا، فإنه لا يدخل الجنة إلا نظيف». [طس، «الضعيفة» (2470)].

(Lemah) Daripada ‘Aishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): “Islam itu bersih maka kalian bersihkanlah (diri), kerana sesungguhnya tidak masuk ke dalam syurga melainkan yang bersih.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2470].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.