TEKS BAHASA ARAB
حديث: يبعث الإسلام يوم القيامة على صورة الرجل، عليه رداؤه، فيأتي الرب فيقول: يا رب، منك خرجت، وإليك أعود، فشفعني اليوم فيمن شئت، فيقول: قد شفعتك، فيبسط رداءه، فيسبب إليه الناس، فيمن تسبب إليه بسبب، أدخله الجنة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Islam diutuskan pada hari kiamat dalam rupa seorang lelaki yang memakai selendang. Lalu Tuhan datang dan dia berkata: Wahai Tuhanku, daripadamu aku diciptakan, dan kepada-Mu aku kembali, lalu berikanlah aku Syafaat pada hari ini jika engkau berkehendak. Tuhan berkata: Aku telah memberikan Syafaat buatmu, lalu dia menghamparkan selendangnya lalu manusia datang kepadanya dengan sebab, lalu masuk ke Syurga.
STATUS
Matruk
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 454, hadis nombor 10. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه ابن عدي، عن أبي هريرة مرفوعا، وفي إسناده: رشدين بن سعد، وهو متروك. وقال ابن حجر: رشدين ضعيف، ولم يبلغ أمره إلى أن يحكم على حديثه بالوضع. انتهي. وقد روى له الترمذي، وابن ماجه.
Diriwayatkan oleh Ibn Adi daripada Abu Hurairah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Dalam sanadnya ada Risydin bin Saad, seorang yang matruk.Ibn Hajar berkata: Risydin dhaif, tetapi tidaklah sehingga hadithnya dihukum palsu. Ia diriwayatkan juga dari al-Tirmizi dan Ibn Majah.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.