Matruk

30/06/2024

minit bacaan



Islam diutuskan pada hari Kiamat dalam rupa seorang lelaki yang memakai selendang

Teks Bahasa Arab

حَدِيْثٌ: يُبْعَثُ الإِسْلامُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَى صُورَةِ الرَّجُلِ، عَلَيْهِ رِدَاؤُهُ، فَيَأْتِي الرَّبَّ فَيَقُولُ: يَا رَبِّ، مِنْكَ خَرَجْتُ، وَإِلَيْكَ أَعُودُ، فَشَفِّعْنِي الْيَوْمَ فِيمَنْ شِئْتُ، فَيَقُولُ: قَدْ شَفَّعْتُكَ، فَيَبْسُطُ رِدَاءَهُ، فَيُسَبِّبُ إِلَيْهِ النَّاسُ، فيمن تَسَبَّبَ إِلَيْهِ بِسَبَبٍ، أَدْخَلَهُ الْجَنَّةَ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Islam diutuskan pada hari kiamat dalam rupa seorang lelaki yang memakai selendang. Lalu Tuhan datang dan dia berkata: Wahai Tuhanku, daripadamu aku diciptakan, dan kepada-Mu aku kembali, lalu berikanlah aku Syafaat pada hari ini jika engkau berkehendak. Tuhan berkata: Aku telah memberikan Syafaat buatmu, lalu dia menghamparkan selendangnya lalu manusia datang kepadanya dengan sebab, lalu masuk ke Syurga.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Matruk

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 454, hadis no. 10. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عدي، عن أبي هريرة مرفوعا، وفي إسناده: رشدين بن سعد، وهو متروك. وقال ابن حجر: رشدين ضعيف، ولم يبلغ أمره إلى أن يحكم على حديثه بالوضع. انتهي. وقد روى له الترمذي، وابن ماجه.

Diriwayatkan oleh Ibn Adi daripada Abu Hurairah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Dalam sanadnya ada Risydin bin Saad, seorang yang matruk.Ibn Hajar berkata: Risydin dhaif, tetapi tidaklah sehingga hadithnya dihukum palsu. Ia diriwayatkan juga dari al-Tirmizi dan Ibn Majah.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.