Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Islam adalah beriman kepada Allah, para malaikat, kitab-Nya, dan beriman kepada al-Qadar

Teks Bahasa Arab

يَا عَدِيَّ بن حَاتِمٍ! أَسْلِمْ تَسْلَمْ"، فقُلْتُ: يا رَسُولَ اللَّهِ! مَا الإِسْلامُ؟ قَالَ: تُؤْمِنُ بِاللَّهِ، وَمَلائِكَتِهِ، وَكُتُبِهِ، وَرُسُلِهِ، وَتُؤْمِنُ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ، وَحُلْوِهِ وَمُرِّهِ، يَا عَدِيُّ! … الحديث.

Teks Bahasa Melayu

“Wahai ‘Adi bin Hatim! Masuklah Islam maka engkau akan sejahtera.” Lalu aku menjawab: “Ah, ah,” maka aku mendekati dan duduk didepan Baginda serta mempertemukan antara lututku dan lutut Baginda, lalu aku bertanya: “Apakah itu Islam?.” Baginda menjawab: “Engkau beriman kepada Allah, para malaikat, dan kitab-Nya, dan engkau beriman kepada al-Qadar, baik dan buruknya, manis dan pahitnya, wahai Adi!”

Sahabat Perawi

  1. Amir al-Sya'bi

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 543, hadis no. 2845.

(ضعيف جدا) عن عامر الشعبي، قال: قدم عدي بن حاتم الطائي الكوفة، فأتيته في أناس من أهل الكوفة، فقلنا له: حدثنا بحديث سمعته من رسول الله - صلى الله عليه وسلم -، فقال: بعث رسول الله - صلى الله عليه وسلم - بالنبوة، ولا أعلم أحدا من العرب كان أشد له بغضا، ولا أشد له كراهية مني؛ حتى لحقت بالروم فتنصرت فيهم، فلما بلغني ما يدعو إليه من الأخلاق الحسنة، وما قد اجتمع إليه من الناس؛ ارتحلت حتى أتيته، فوقفت عليه، وعنده صهيب، وبلال، وسلان، فقال: ((يا عدي بن حاتم! أسلم تسلم)). فقلت: أخ أخ، فأنخت، وجلست وألزقت ركبتي بركبته، فقلت: ما الإسلام؟ قال: ((تؤمن بالله وملائكته، و كتبه، ورسله، وتؤمن بالقدر خيره وشره، حلوه ومرّه، یا عدي!..... الحديث)). [طب، ابن عساکر، ((الضعيفة))،(6488)]

(Sangat Lemah) Daripada Amir al-Sya’bi berkata: Adi bin Hatim al-Ta’ie telah datang ke Kufah, maka aku datang bertemu dengannya bersama sekumpulan orang daripada warga Kufah, maka kami berkata kepadanya: "Sampaikan kepada kami hadis yang engkau dengar daripada Rasulullah SAW". Maka dia berkata: “Ketika Rasulullah SAW diutus sebagai Nabi, maka aku tidak mengenal seorang pun daripada kalangan Arab yang sangat marah dan bencinya dengannya melainkan diriku sendiri, sehinggalah aku bertemu dengan orang Romawi dan aku telah memilih untuk memeluk agama Kristian, maka apabila telah sampai berita kepadaku tentang ajaran Baginda yang mengajak kepada akhlak yang mulia, dan ramainya manusia yang berkumpul dengan Baginda, maka aku bermusafir sehingga bertemu dan berdiri di depan Baginda. Dan disekeliling Baginda ada Suhaib, Bilal dan Salman.” Lalu Baginda bersabda: “Wahai ‘Adi bin Hatim! Masuklah Islam maka engkau akan sejahtera". Lalu aku menjawab: “Ah, ah,” maka aku mendekati dan duduk didepan Baginda serta mempertemukan antara lututku dan lutut Baginda, lalu aku bertanya: “Apakah itu Islam?” Baginda menjawab: “Engkau beriman kepada Allah, para malaikat, dan kitab-Nya, dan engkau beriman kepada al-Qadar, baik dan buruknya, manis dan pahitnya, wahai Adi!” [Riwayat al-Tabarani dalam Kitab al-Mu‘jam al-Kabir dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah; no. 6488]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.