Isa Ibn Maryam akan turun ke atas 800 orang lelaki dan 400 orang perempuan

TEKS BAHASA ARAB

ينزل عيسى ابن مريم على ثمانمائة رجل، وأربعمائة امرأة، خيار من على الأرض، وأصلح من مضى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Isa Ibn Maryam akan turun ke atas 800 orang lelaki dan 400 orang perempuan, mereka adalah orang terbaik yang ada di atas muka bumi dan paling elok (soleh) daripada mereka yang telah berlalu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1387, hadis nombor 7046. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ينزل عيسى ابن مريم على ثمانمائة رجل، وأربعمائة امرأة، خيار من على الأرض، وأصلح من مضى.
[فر، ((الضعيفة)) (6352)]

(Palsu)
Daripada Abi Hurairah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: ‘Isa Ibn Maryam akan turun ke atas 800 orang lelaki dan 400 orang perempuan, mereka adalah orang terbaik yang ada di atas muka bumi dan paling elok (soleh) daripada mereka yang telah berlalu.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6352]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.