Isa bin Maryam turun lalu pemimpin mereka al-Mahdi berkata

TEKS BAHASA ARAB

 يَنْزِلُ عِيسَى بْنُ مَرْيَمَ فَيَقُولُ أَمِيرُ هُمُ الْمَهْدِيُّ تَعَالَى صَلِّ بِنَا فَيَقُولُ لا إِنَّ بَعْضَهُمْ أَمِيرُ بَعْضٍ تَكْرِمَةُ اللهِ لِهَذِهِ الأُمَّةِ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Isa bin Maryam turun lalu pemimpin mereka al-Mahdi berkata: “Mari jadi imam solat kami.” Beliau menjawab: "Tidak, sesungguhnya sebahagian daripada mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain, sebagai kemuliaan yang Allah berikan kepada umat ini.”

STATUS

Sanad hadis ini baik

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah رحمه الله:

Al-Haris bin Usamah di dalam musnadnya berkata: Ismail bin Abdul Karim telah menceritakan kepada kami, Ibrahim bin ‘Aqil telah menceritakan kepada kami, daripada ayahnya daripada Wahab bin Munabbih, daripada Jabir berkata: Sabda Rasulullah SAW:
يَنْزِلُ عِيسَى بْنُ مَرْيَمَ فَيَقُولُ أَمِيرُ هُمُ الْمَهْدِيُّ تَعَالَى صَلِّ بِنَا فَيَقُولُ لا إِنَّ بَعْضَهُمْ أَمِيرُ بَعْضٍ تَكْرِمَةُ اللهِ لِهَذِهِ الأُمَّةِ
“Isa bin Maryam turun lalu pemimpin mereka al-Mahdi berkata: “Mari jadi imam solat kami.” Beliau menjawab: Tidak, sesungguhnya sebahagian daripada mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain, sebagai kemuliaan yang Allah berikan kepada umat ini.”
Sanad hadis ini baik.

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon